Jualan Kereta Di UK Mencatat Kejatuhan Terbesar Sejak Krisis Kewangan Global

493

Jualan kereta baru di UK mencatat kejatuhan terbesar sejak krisis kewangan global.

Pendaftaran pembelian kereta baru jatuh 5.7% kepada 2.5 juta kerea. Kejatuhan ini merupakan kejatuhan terbesar sejak 2009.

Kejatuhan pembelian kereta disebabkan pembeli hilang keyakinan berikutan ketidaktentuan terhadap isu Brexit. Selain itu, turut merisaukan pembeli di UK ialah kos kenderaan diesel yang tinggi.

Menurut pengerusi Pelaburan, James Bevan ” terdapat 2 isu besar yang sedang dihadapi oleh UK, pertama ialah berkenaan Brexit. Kedua, kadar inflasi yang bertumbuh lebih pantas daripada kadar upah/gaji, menyebabkan pendapatan isi rumah semakin tertekan.”

Selain itu masih terdapat kesamaran berkenaan halatuju kenderaan diesel-petrol-elektrik.

Permintaan terhadap kenderaan diesel jatuh sebanyak 17% berikutan pengguna kenderaan cuba menghindari daripada mencemarkan lebih banyak minyak dan penalti yang dikenakan ke atas mereka.

Jualan pada tahun 2018 dijangkan akan jatuh antara 5 hingga 7 peratus.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat