Jualan Runcit Catat Lonjakan 0.4% Pada Bulan April Di Tengah Pasaran Buruh Yang Kukuh!

179

Jualan di runcit A.S. melantun semula sebanyak 0.4% pada bulan April sebahagian besarnya disebabkan oleh permintaan kukuh untuk kereta baharu dan perbelanjaan pengguna yang lebih tinggi dalam talian. Ini membawa petunjuk bahawa ekonomi masih kukuh di tengah kekhuatiran terhadapan kelembapan yang lebih meluas dalam perbelanjaan pengguna.

Waima begitu angka ini di bawah sasaran kerana jualan telah diramalkan meningkat 0.8%, berdasarkan tinjauan pendapat ahli ekonomi Wall Street Journal.

Jualan runcit adalah sebahagian besar daripada perbelanjaan pengguna dan menawarkan petunjuk terhadap kekuatan ekonomi. Sebelum kenaikan pada bulan April, jualan runcit telah jatuh dalam empat daripada lima bulan sebelumnya.

Jualan runcit meningkat agak kukuh iaitu pada 0.6% pada bulan April tanpa mengambil kira komponen pengedar kereta dan stesen minyak.

Peningkatan dalam jualan runcit tidak mungkin menandakan permulaan aliran menaik yang berterusan. Kenaikan kadar faedah didalangi oleh Rizab Persekutuan untuk menjinakkan inflasi yang tinggi telah melambatkan ekonomi dan menyekat selera pengguna untuk barangan yang lebih mahal.

Namun pasaran buruh yang sangat kukuh dan pendapatan yang meningkat mungkin akan mengekalkan perbelanjaan pengguna runcit yang tinggi tanpa kemelesetan. Rakyat Amerika masih membelanjakan banyak wang untuk perkhidmatan seperti perjalanan dan rekreasi.

Indeks US dolar yang mengukur mata wang US dolar berbanding enam mata wang utama sedikit kukuh selepas data dikeluarkan walaupun berada dalam fasa menyusut iaitu dengan penyusutan 0.03% pada dagangan 102.235.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat