Jualan Runcit Jepun Bagi Bulan Julai Meningkat Diluar Jangkaan

64

Sektor runcit Jepun meningkat untuk 9 bulan berturut-turut, selepas laporan jualan runcit bagi bulan Julai menunjukkan kenaikan. Hal ini menjadi bukti kepada perbelanjaan pengguna semakin pulih.

Berdasarkan laporan kementerian Ekonomi, Dagangan dan Industri Tokyo, jualan runcit bagi bulan Julai meningkat 1.9%, diikuti peningkatan pada data kaji semula untuk bulan sebelum kepada 2.2%. Peningkatan tersebut juga berada di atas jangkaan median 1.1%.

Pada hari Selasa yang lalu, Jabatan Statistik Jepun menyatakan perbelanjaan isi rumah jatuh 0.2% pada unjuran tahun ke tahun bagi bulan Julai. Kadar perbelanjaan yang susut adalah diluar jangkaan berikutan pada bulan Jun telah melaporkan peningkatan sebanyak 2.3% yang juga merupakan kenaikan pertama sejak 16 bulan yang lalu disamping pasaran buruh Jepun yang masih teguh.

Kadar pengangguran negara kekal bagi bulan Julai pada 2.8%, manakala kadar tawaran pekerjaan meningkat ke paras tertinggi 43 tahun yang lalu.

Perbelanjaan isi rumah yang jatuh menjadi punca kepada jangkaan pengetatan pasaran buruh dapat meningkatkan pendatapan dan perbelanjaan semakin susut. Oleh itu Bank pusat Jepun (BoJ) di jangka akan kekal neutral dengan polisi monetari sedia ada.

Pada bulan lepas, bank pusat telah menangguh sasaran inflasi 2% sebanyak enam kali, menunjukkan pelonggaran polisi masih kekal menjadi sasaran mereka.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat