Jumlah Kerugian Taufan Harvey & Irma Mungkin Antara Yang Terburuk Selepas Katrina

151

# Kelajuan Tertinggi Bertahan Selama 37 Jam

Ribut taufan Irma mula membentuk di kawasan laut Antlatika pada 30 Ogos. Pada 5 September lalu, Irma mencapai tekanan kategori ke-5, memecahkan rekod kelajuan tertinggi Taufan David tahun 1979 dengan kelajuan 295 km/h. Hal ini menjadikannya sebagai taufan yang kedua terkuat di Antlatika selepas Taufan Allen 1980 yang berkelajuan 305 km/h.

Irma juga bertahan pada kelajuan tertinggi (295 km/h) selama 37 jam.

Sumber: Sun Sentinel

# Kerugian Lebih $9.97 billion USD Setakat Ini

Taufan Irma menimpa kawasan berpenduduk pada 5 September, bermula di Antigua dan Barbuda. Kemudian bergerak ke Saint Martin, Anguilla, Kepulauan Virgin, Puerto Rico, Pulau Turks dan Caicos, Bahamas, Cuba dan terkini di Florida.

Antara jumlah kerugian yang dicatat oleh CEDIM Forensic Disaster Analysis Group (FDA) setakat 8 September tidak termasuk Florida, melebih $9.97 billion USD

Sumber: CEDIM

# Tekanan Ribut Ke-7 Tertinggi Dalam Sejarah Amerika

Irma beralih kearah Florida semalam, dan menghampiri kawasan pantai barat negeri tersebut hari ini dengan kelajuan 215 km/h dan tekanan 929 hPA. Menjadikannya taufan terkuat di Florida sejak 2004 di Charley. Dalam masa dua minggu sahaja, dua taufan tropika Harvey dan Irma menimpa benua Amerika berturut-turut, menjadikannya kejadian kali ketiga sejak 1893 dan 2004. Ribut Irma kini berkedudukan ke-7 tekanan ribut paling tinggi dalam sejarah Amerika.

Ribut Irma dijangka akan terus bergerak di kawasan Florida sehingga hari Rabu.

Sumber: Los Angeles Times

# Kos kerugian belum muktamad

Pada 3 minggu yang lalu, taufan Harvey telah mengakibatkan kerugian sebanyak $70 billion USD. Taufan Katrina pada tahun 2005 pula telah mengakibatkan kerugian paling besar di Amerika sebanyak $108 billion USD. Namun kerugian rasmi daripada Irma 2017 yang masih belum dikenal pasti, di tambah pula dengan kerugian Harvey mungkin akan memecahkan rekod kerugian yang pernah menimpa Amerika sejak taufan Katrina lalu. Impak taufan terus diberi perhatian bagi melihat kesan terhadap ekonomi dan polisi negara.

Sumber: Wikipedia
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat