Jumlah Transaksi DOGE Meningkat 110% Dalam 24 Jam, Atasi Bitcoin & Ethereum

486

Mata wang kripto, Dogecoin (DOGE) mungkin antara meme yang paling berkuasa selepas menyaksikan peningkatan kadar transaksi sebanyak dua kali ganda walaupun ketika harganya melonjak tinggi.

Berdasarkan rekod daripada IntoTheBlock, lambakan whales DOGE telah membuat pemindahan aset mereka sehingga satu tahap ia mencapai nilai minimum $100,000, lebih daripada dua kali ganda pada awal minggu ini.

Bagi pemerhatian 24 jam, kira-kira 479 transaksi whales telah dilakukan dan rekod tertinggi pemindahan aset ini dikatakan mencapai nilai 269 juta DOGE (lebih $39 juta) dalam satu transaksi.

Pada masa yang sama, kadar transaksi yang direkod sebenarnya telah melonjak 110%, berbanding Bitcoin (BTC) yang cuma menyaksikan 38%, dan Ethereum pula sebanyak 12%.

Manakala dalam tempoh lebih seminggu, sebanyak $1.87 bilion telah dipindah ke rangkaian Dogecoin.

Kebetulan pemindahan besar-besaran ini berlaku ketika harga DOGE sedang meningkat selepas pengasas Tesla, juga pendukung koin meme dikhabarkan membuat pembelian saham Twitter.

Musk telah menjadi pemegang saham terbesar, mengalahkan bekas CEO Twitter, Jack Dorsey dengan pemilikan 9.2% saham tersebut.

Data menunjukkan DOGE telah meningkat hampir 35% dalam sebulan, dan lebih 22% sejak minggu lalu.

Manakala dalam tempoh 24 jam, aset ini menyaksikan lonjakan lebih 6% dengan nilai ketika penulisan artikel, $0.16 seunit.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat