Jumlah Tuntutan Pengangguran Buat Pertama Kali Meningkat Mengatasi Ramalan Pakar Ekonomi!

316

Jumlah tuntutan pengangguran yang dikemukan oleh rakyat Amerika buat pertama kalinya melonjak dengan tinggi daripada yang dijangkakan pada minggu lalu berikutan peningkatan dalam kes Covid-19 menambah lagi tekanan keatas ekonomi A.S.

Jabatan Tenaga Buruh melaporkan pada hari ini bahawa tuntutan pengangguran awal meningkat sebanyak 1.427 juta. Angka yang dicatat ini mengatasi ramalan ahli ekonomi yang menjangkakan peningkatan sebanyak 1.38 juta pada minggu berakhir pada 27 Jun.

Dalam laporan berasingan, turut dilaporkan pertambahan pekerjaan sebanyak 4.8 juta pada bulan Jun. Walaubagaimanapun, tinjauan tersebut dilakukan pada pertengahan bulan dan berkemungkinan tidak menawarkan angka yang tepat.

Susulan daripada laporan ini dikeluarkan, pasaran saham niaga hadapan meningkat berikutan sikap optimis pemain pasaran. Laporan terkini menandakan bahawa jumlah tuntutan kekal di atas 1 juta selama 15 minggu berturut-turut.

Jumlah tuntutan pengangguran secara keseluruhan telah meningkat kepada 19.29 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat