Jurnal Wall Street: Syarikat Amanah Saham Kurangkan Harga Saham Uber Sehingga 15 Peratus

73

Semalam, jurnal Wall Street melaporkan, empat syarikat amanah saham telah mengurangkan harga jualan saham Uber Teknologi Inc sehingga 15 peratus selepas skandal melanda syarikat kenderaan tersebut.

Berdasarkan laporan kewangan bagi suku tahunan daripada syarikat yang terlibat, kesemua saham daripada Vanguard Group, Principal Fund dan Hartford Fund direndahkan sehingga 15 peratus kepada $41.46 per saham bagi suku yang berakhir pada 30 Jun

T.Row Price Group Inc juga memotong harga saham Uber mereka sehingga 12% kepada $42.70. Pelabur daripada syarikat Fidelit Investment pula dilaporkan masih mengekalkan sahamnya pada paras $48.77 setakat bulan 30 Jun.

Wakil daripada Uber dikatakan masih tidak dapat menghubungi kesemua syarikat diatas untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Uber mengalami kemerosotan sejak beberapa bulan yang lepas apabila pihak berkuasa mula menyiasat tentang dakwaan penggunaan teknologi yang boleh mengelakkan daripada dikawal selia dalam sesetengah bandar dan undang-undang perniagaan rahsia yang difailkan oleh unit pemanduan sendiri Alphabet Inc (Google).

Selain itu, perletakan jawatan ketua eksekutif, Travis Kalanick dan budaya membuli dan diskriminasi jantina di Uber turut memberi kesan langsung terhadap kredibiliti syarikat tersebut.

Nilai keseluruhan Uber meningkat sehingga $68 billion dalam tempoh 7 tahun tanpa sebarang kontrovesi. Syarikat ini telah menguasai industri perkhidmatan kenderaan awam yang ketat dengan regulasi di banyak negara, dan telah mengubah pandangan dan persepsi pada pengangkutan awam.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat