Justin Sun Rampas Huobi Global!

469

Justin Sun, pengasas Tron tanpa membuang masa merebut peluang untuk mengambil alih syarikat exchanger kripto Huobi Global dan secara rasminya bakal mengawal keseluruhan perniagaan itu.

Difahamkan, beliau telah dilantik sebagai penasihat strategik global oleh Huobi Global pada bulan Oktober bersama beberapa individu terkenal dari industri kripto serta blockchain.

Sebelum pengambil alihan tersebut, dilaporkan bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Huobi Zhu Hua, Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Zhang Li dan eksekutif kanan lain melepaskan jawatan masing-masing secara sukarela.

Malah, pengasas Leon Li dikatakan telah menjual seluruh pegangannya sebelum ini kepada About Capital Management berpangkalan di Hong Kong.

Pada awalnya, nama Justin Sun disebut sebagai pembeli sebenar Huobi memandangkan beliau merupakan pelabur utama About Capital. Namun, beliau menafi sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

Pada sisi berbeza, Sun yang berhasrat memeterai perjanjian bersama exchanger kripto FTX bagi melaksanakan dagangan TRX bersama token Tron lain telah memacu harga TRX mendaki sebanyak 200% .

Selain itu, beliau juga sedang dalam perancangan untuk pemerolehan FTX, yang sebelum ini menemui kegagalan rundingan bersama Binance disebabkan masalah kecairan yang ketara serta salah urus dana penggunanya.

Setakat penulisan ini, harga Huobi Token (HT) berlegar pada zon harga $4.70. Namun semasa beliau mengumumkan akan menyertai Huobi sebagai penasihat sebelum ini, harganya menggunung hampir 80% dalam seminggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat