Jutawan Dogecoin Semakin Ramai, Meningkat 2x Ganda!

4,102

Komuniti Dogecoin (DOGE) semakin teruja dengan khabar penyenaraian matawang yang diinspirasikan oleh shiba inu di platform pertukaran Gemini pada hari ini waktu Malaysia.

Harga DOGE juga pada masa yang sama mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa (ATH) baharu pada malam tadi, $0.61.

Dalam kandungan blog yang dimuatnaik, bermula pada hari ini penggunanya dapat depositkan Dogecoin ke dalam akaun mereka. Malah, DOGE juga boleh diperdagangkan dengan matawang fiat lain termasuk pound sterling, euro, dolar Kanada, dolar Australia, dolar Hong Kong dan dolar Singapura.

Gemini menjelaskan keputusan yang diambil adalah kerana trend DOGE yang melanda komuniti kripto susulan daripada lonjakannya. Namun, firma itu juga mendakwa nilai koin tersebut berpotensi untuk susut mendadak juga: “Ya, Dogecoin ialah koin meme tapi semua wang adalah meme. Dan semua wang memiliki nilainya tersendiri bergantung pada idea dan kepercayaan pemiliknya.”

Gemini merupakan platform terbaru yang menyenaraikan DOGE selepas eToro berbuat demikian semalam hingga menyebabkan token itu menghampiri $0.50.

Tidak keterlaluan juga gelombang ini telah ‘melahirkan’ lambakan jutawan dogecoin sebanyak dua kali ganda dalam dua minggu sahaja.

Data BitInfoCharts sejak 23 April, pertumbuhan wallet dogecoin yang memiliki sekurang-kurangnya $1 juta telah meningkat 116% daripada 1,321 kepada 2,866 wallets setakat 4 Mei 2021.

Ketika penulisan, DOGE didagangkan pada $0.58, meningkat lebih 39% dalam 24 jam dan kini telah mengatasi XRP berdasarkan nilai pasarannya, $75.97 bilion.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat