Jutawan Dunia Warren Buffet Rupanya Haji Bakhil!

6,223

Lagi kisah Warren Buffett setelah didedahkan dulu ketika kecil rupanya beliau jual gula-gula getah untuk memulakan pelaburan. Kini, dengan mudahnya beliau membuat 5 pelaburan serentak di Jepun.

Tapi, tunggu sekejap!

Tidak ramai yang tahu figura yang tampak bersahaja dengan wajah yang tenang dan mungkin mengingatkan kita kepada ayah di kampung dengan rambut yang memutih sebenarnya sangat kedekut!

Percaya atau tidak, setiap hari beliau bersarapan di McDonald dan membelanjakan tidak lebih daripada $3.17!

Eh, biar betul?

Betul! Tak cukup dengan itu, Buffett menggunakan telefon lipat bernilai $20 selama bertahun-tahun sebelum individu itu beralih kepada iPhone 11 pada Februari lalu.

Berbeza dengan orang lain, lagi banyak hartanah lagi dianggap kaya. Betul tak? Tetapi Buffett tidak begitu. Beliau masih lagi setia mendiami rumah yang dibelinya pada 1958 di Nebraska dengan harga cuma $31,500.

Sebelum ini sebenarnya beliau juga pernah memiliki rumah kedua pada 1971 di California tetapi akhirnya dijual pada 2018 dengan nilai $7.5 juta.

Mungkin jika tidak kerana anak perempuannya, Susie, Buffett mungkin masih menggunakan 2006 Cadillac DTS sehingga sekarang. Syukurlah kerana kritikan “memalukan” Susie, individu itu akhirnya membeli Cadillac XTS pada 2014 dan menjual DTS setahun kemudian.

Selain itu, Buffett turut memiliki pesawat peribadi Bombardier Challenger 600 yang dibeli dua dekad lalu pada harga $32 juta. Beliau menyifatkan tindakannya membeli Bombardier itu merupakan perbelanjaan terbesar yang pernah dilakukannya.

Walau bagaimanapun, di sebalik keperibadiannya itu beliau juga sebenarnya seorang yang dermawan.

Pada 2010, Buffett telah menandatangani perjanjian untuk memberi sebahagian kekayaannya kepada pertubuhan amal sepanjang umur. Antara individu lain yang berbuat demikian termasuklah Elon Musk, Mark Zuckerberg dan bekas isteri Jeff Bezos, MacKenzie Scott.

Sejak 2006, jumlah keseluruhan sumbangannya telah mencecah lebih daripada $37 bilion dan sumbangannya yang terbaru pada Julai telah diagihkan kepada Bill & Gates Foundation dan empat pertubuhan amal Buffett.

Rupanya, tidaklah kedekut sangat Buffett ni!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat