Kadar Inflasi Malaysia Catat Kenaikan 1.8% Pada Februari 2024

291

Inflasi Malaysia pada Februari 2024 meningkat sebanyak 1.8% dengan mata indeks dicatatkan pada 132.1 mata berbanding 129.8 pada tahun lepas.

Dalam kenyataan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata kenaikan inflasi pada 2024 didorong oleh kumpulan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api iaitu sebanyak 2.7%. Manakala, rekreasi sukan naik sebanyak 1.6% dan pengangkutan 1.2%.

Walau bagaimanapun, kumpulan lain mencatatkan kenaikan inflasi yang lebih perlahan seperti perkhidmatan restoran dan penginapan naik 2.9%, kesihatan 2.2%, makanan dan minuman sebanyak 1.9% dan pendidikan 1.5%.

Pelaksanaan tarif air mengikut mekanisme penetapan tarif (TSM) bagi pengguna kategori domestik di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan yang bermula pada 1 Februari lepas turut memberikan impak sampingan.

Sementara itu, DOSM berkata kumpulan makanan dan minuman yang menyumbang 29.8% daripada jumlah data Indeks Harga Pengguna (IHP) mencatatkan peningkatan lebih perlahan sebanyak 1.9% pada Februari 2024 berbanding Januari iaitu 2.0%.

Menurut Mohd Uzir, kebanyakan negeri mencatatkan kenaikan di bawah paras inflasi negara iaitu 1.8%.

Lima negeri mencatatkan kenaikan melebihi paras inflasi negara iaitu Pulau Pinang (2.7%), Pahang (2.4%), Selangor (2.1%), Perlis (2.0%) dan Sarawak (1.9%).

Manakala, semua negeri mencatatkan peningkatan dalam inflasi makanan & minuman. Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Wilayah Persekutuan Putrajaya (3.2%), Selangor (3.0%), Pulau Pinang (2.5%), Wilayah Persekutuan Labuan (2.3%), Sarawak (2.2%), Perlis (2.2%) %) dan Pahang (2.1%).

Sementara itu, negeri lain menunjukkan peningkatan di bawah inflasi negara makanan dan minuman sebanyak 1.9% pada Februari 2024.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat