Kadar Pembakaran Hingga 950%! Shiba Inu Bakal Tembus Angkasa?

406

“Hmmm kalau harga yang lonjak 950% baru best sikit kan.”

Susulan pasaran mata wang kripto semakin pulih dan mempunyai komuniti kuat, memecoin kedua terbesar Shiba Inu (SHIB) berjaya lonjak melebihi 30% dalam tempoh 30 hari lalu.

Melalui data Shibburn, kadar pembakaran SHIB canak hampir 950% dalam tempoh 24 jam terakhir apabila komunitinya dilaporkan membakar sebanyak 11.1 juta memecoin  itu tetapi jumlah tersebut adalah lebih sedikit berbanding Januari iaitu 1.2 bilion.

Harga SHIB turut dilaporkan meningkat sebanyak 25% dalam tempoh 60 hari lalu dengan keuntungan yang dapat tewaskan Dogecoin (DOGE) yang tergelincir 8% tetapi kini berlegar pada paras $0.09420 dalam tempoh 24 jam lalu.

Setakat penulisan ini, SHIB didagangkan pada harga $0.000012 sementara volum dagangannya pula bernilai $342 juta dan modal pasaran mencatatkan $6 bilion.

Dalam pada itu, SHIB adalah antara aset digital yang paling banyak didagangkan dalam kalangan whales terbesar, di mana top 100 whales ETH didapati membeli sejumlah memecoin tersebut pada baru-baru ini.

Suka dimaklumkan bahawa top 100 whales ETH telah memegang SHIB bernilai $586 juta dan menjadi top 10 token yang dibeli oleh whales besar tersebut sepanjang hari lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat