Kadar Pengangguran Australia Catat Kejatuhan Terbesar Hampir 50 Tahun

651

Pemulihan dalam pasaran buruh di Australia kembali kuat apabila kadar pengangguran jatuh ke paras terendah hampir 50 tahun pada bulan April sekali gus mengukuhkan keyakinan untuk bank pusat menyampaikan kenaikan kadar faedah selanjutnya.

Biro Perangkaan Australia (ABS) melaporkan pada Khamis bahawa kadar pengangguran menepati jangkaan pasaran untuk menurun kepada 3.9% daripada 4.0% yang dicatatkan pada Mac.

Penurunan ini pastinya akan disambut baik oleh Perdana Menteri Scott Morrison yang menjadikan pekerjaan sebagai ‘senjata’ dalam kempen pilihan rayanya, di mana undian dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu.

Walaupun begitu, pertambahan pekerjaan jauh meleset daripada jangkaan kenaikan 30,000 apabila hanya sebanyak 4,000 dicatatkan pada April. Ini juga merosot daripada bacaan sebelumnya sebanyak 17,900 pekerjaan.

Susulan penerbitan data tersebut, dolar Aussie sedikit berubah dengan didagangkan pada sekitar harga 0.6967 berbanding US dolar.

Bank Pusat Australia (RBA) telah menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 0.35% pada mesyuarat polisi yang telah berlangsung awal bulan ini.

Pasaran kini meletakkan jangkaan bahawa bank pusat itu akan melaksanakan peningkatan selanjutnya pada bulan Jun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat