Kajian Menyeluruh Akan Diteruskan Terhadap Dasar BoJ

29

Timbalan Gabenor Bank of Japan, Kikuo Iwata berkata pada hari Khamis, kajian menyeluruh akan dijalankan keatas dasar bank pusat itu bulan depan. Kajian ini bagi memberi tumpuan terhadap langkah dan cabaran pelan rangsangan yang telah diumumkan sebelum ini.

Baca : Mesyuarat BoJ Melemahkan Matawang Yen Pagi Ini

Pun begitu, kajian ini tidak semestinya menentukan hala tuju dasar kewangan pada masa depan.

Iwata mengulangi kesediaan BoJ untuk melonggarkan dasar semula jika diperlukan. Impak yang buruk dapat dilihat pada hari Selasa apabila pelabur menjual bon kerajaan secara besar-besaran berikutan kebimbangan terhadap pelonggaran dasar kuantitatif dan kualitatif (QQE) melalui pembelian bon kerajaan dan aset yang lebih berisiko.

Ada entry hari ini? Baca artikel ini jika anda mula rasa ragu-ragu untuk membuat sebarang keputusan. 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat