Kalau Begini, Ada Potensi Ke Euro Naik Balik Lepas Ni?

483

Dagangan euro dan pound sterling cuba mempertahankan kedudukan berbanding US dolar pada hari Selasa ketika kebimbangan terhadap varian baharu coronavirus di UK terus menekan sentimen pasaran pada hari ini.

Kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa mutasi virus terbaru yang dikesan di UK adalah terkawal dan boleh dibendung dengan langkah kesihatan sedia ada, pada mulanya memberi kelegaan buat pasaran.

Bagaimanapun, selepas pasaran menilai kesan sekatan lebih ketat dan sistem penerbangan yang terjejas akibat penutupan sempadan oleh beberapa negara dari UK, menyebabkan pasaran bimbang dengan pemulihan ekonomi global akan terkesan.

Hal ini menyebabkan matawang utama pada hari ini terus didagangkan di bawah tekanan.

Namun, perbincangan antara pemerintah Perancis dan Britain untuk membuka semula sempadan mereka, di mana ratusan trak telah terkandas dan laporan yang menunjukkan kemajuan dalam rundingan perdagangan Brexit membantu mengurangkan tekanan buat kedua-dua matawang itu.

Turut memberi sokongan buat dagangan matawang ini adalah kelulusan pakej rangsangan AS oleh Kongres, walaupun pada mulanya mereka gagal memberi reaksi kepada berita ini.

Ketika sesi Eropah bermula, matawang euro susut 0.18% pada 1.22000 sementara pound pula turun 0.2% pada 1.34300 berbanding US dolar, kembali pulih setelah turun sebanyak 2.5% pada sesi dagangan sebelum ini.

Pelabur matawang pound sterling turut diperlihatkan dengan penerbitan data ekonomi UK yang lebih kukuh daripada dijangkakan pada suku ketiga sekali gus memberi sedikit sokongan buat cable.

Perdana Menteri UK, Boris Johnson dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron dilaporkan telah bersetuju untuk membenarkan semula pergerakan barang di antara mereka setelah keputusan Paris untuk menutup sempadan menyebabkan gangguan besar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat