Kalau JMMC OPEC Bagi Isyarat Positif, Memang Naiklah Harga Minyak!

321

Harga minyak meningkat pada dagangan awal minggu, memadamkan beberapa kerugian yang dicatatkan pada sesi sebelum ini ketika pasaran terus dihimpit oleh kebimbangan terhadap kelemahan permintaan bahan bakar.

Penanda aras minyak mentah Brent didagangkan meningkat 1.1% kepada $43.28 setong, manakala WTI Amerika Syarikat pula menokok 1.5% pada $40.72 setong.

Peningkatan dagangan komoditi hitam hari ini telah disokong oleh harapan pasaran bahawa OPEC+ akan menangguhkan rancangan untuk meningkatkan pengeluaran minyak mentah pada mesyuarat akhir bulan ini.

OPEC+ dijangka secara meluas akan mengekalkan komitmen pemotongan pengeluaran sebanyak 7.7 juta tong sehari seperti yang ditetapkan sejak bulan Ogos.

Tumpuan pasaran kini tertumpu kepada pertemuan Jawatankuasa Pemantauan Bersama Menteri (JMMC) pada hari Selasa yang mungkin akan memberi petunjuk mengenai keputusan OPEC+ kelak.

Dalam pada itu, kebimbangan pasaran terhadap kelemahan permintaan bahan bakar dunia terus meningkat ketika Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan peningkatan tertinggi dalam kes jangkitan global sebanyak 660,905 kes pada hari Sabtu.

Pertambahan pengeluaran oleh Libya turut mempengaruhi harga minyak daripada meningkat lebih tinggi selepas ia dilaporkan mengeluarkan lebih 1.2 juta tong sehari.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat