Kalau Macam Ni, Memang Patutlah USD Naik!

1,035

US dolar terus diperdagangkan lebih tinggi ketika para pelabur terus mengambil pendekatan berhati-hati setelah ujian klinikal vaksin Covid-19 oleh Johnson & Johnson (J&J) dihentikan sementara dan kurangnya kemajuan dalam rundingan pakej rangsangan fiskal AS.

Kebanyakan pasaran saham AS didagangkan rendah susulan perkhabaran negatif mengenai usaha pengembangan vaksin J&J yang terpaksa dihentikan disebabkan salah seorang peserta mengalami penyakit dan Eli Lilly & Co pula menghentikan rawatan antibodi Covid-19 kerana masalah kesihatan telah melemahkan sentimen pasaran.

Sementara itu dalam perkembangan mengenai rangsangan AS, Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi mengatakan bahawa kesepakatan akan dapat dicapai, walaupun ia dilihat tidak akan terjadi sebelum pilihan raya presiden.

Indeks dolar kekal didagangkan menguat berbanding sekumpulan matawang utama setelah meraih keuntungan lebih 0.5% pada sesi sebelum ini.

Dalam pada itu, indeks harga pengguna (CPI) AS menepati jangkaan pasaran dengan meningkat 0.2% pada bulan September, menunjukkan peningkatan untuk bulan keempat berturut-turut walaupun pertumbuhan masih dilihat perlahan.

Dolar Aussie antara matawang yang berprestasi paling buruk setelah dilemahkan oleh ketegangan antara Australia dan China yang meningkat sejak pentadbiran Morrison menyokong siasatan asal usul Covid-19. Beijing dilaporkan menghentikan import arang batu Australia, menyebabkan beberapa kapal tersangkut di pelabuhan China.

Matawang pound pula menjunam lebih rendah setelah Perdana Menteri UK Boris Johnson mengancam untuk meninggalkan rundingan sekiranya kesepakatan tidak dapat dicapai minggu ini.

Sementara dagangan euro juga susut menyusuli peningkatan US dolar. selain turut ditekan oleh kebimbangan terhadap peningkatan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan di Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat