Kalau OPEC Buat Hal Lagi, Habis Jatuh La Harga Minyak!

387

Dagangan komoditi hitam meningkat setelah menyaksikan kejatuhan ketara dalam inventori minyak mentah AS, sementara pasaran menantikan dengan penuh debaran mesyuarat OPEC yang dijadualkan berlangsung hari ini.

Niaga hadapan minyak mentah Brent diperdagangkan meningkat 20 sen kepada $43.10 setong, manakala WTI Amerika Syarikat pula menokok 22 sen kepada $40.50 setong pada awal pembukaan sesi Eropah.

Susulan pemulihan semula permintaan terhadap minyak mentah walaupun masih diancam oleh peningkatan kes baru jangkitan Covid-19 di beberapa negara, inventori minyak mentah AS jatuh sebanyak 8.3 juta tong pada minggu lepas, melebihi jangkaan pasaran untuk menurun sebanyak 2.1 juta tong, menurut data oleh Institut Petroleum Amerika (API).

Data seterusnya oleh Jabatan Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) pada malam ini pula akan menjadi fokus buat pelabur.
Sementara itu, tumpuan pasaran turut disasarkan kepada mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Bersama Menteri (JMMC) OPEC pada hari ini yang akan membincangkan mengenai hala tuju pemotongan pengeluaran seterusnya.

OPEC, dan sekutunya termasuk Rusia akan memutuskan sama ada akan melanjutkan tempoh bagi pemotongan sebanyak 9.7 juta tong sehari atau menurunkannya kepada 7.7 juta tong sehari.

Dalam pada itu, OPEC dalam laporan bulanannya memberitahu bahawa permintaan minyak global diunjurkan meningkat sebanyak 7 juta tong sehari pada tahun 2021 berikutan pemulihan ekonomi dunia daripada krisis pandemik Covid-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat