Kalau US Lulus Vaksin, USD Lemah Ke?

1,067

Kebanyakan matawang utama kembali meningkat pada sesi Eropah di tengah-tengah kurangnya kemajuan dalam perbincangan mengenai pakej bantuan coronavirus AS menyebabkan pasaran beralih kepada matawang gergasi itu.

Setakat ini, Demokrat dan Republikan masih berjauhan mengenai bantuan kepada negeri dan liabiliti untuk perniagaan. Dewan Perwakilan pula telah meluluskan rang undang-undang stopgap selama satu minggu bagi memberi lebih banyak masa untuk mencapai persetujuan.

Berbanding kebanyakan matawang utama, dolar greenback masih stabil pada 91.08, lebih tinggi dari paras terendah 2 setengah tahun yang disentuh pada Jumaat lalu.

Walaupun dengan kebangkitan US dolar, namun matawang Asia, dolar Aussie dan New Zealand memaparkan pergerakan sebaliknya.

Ini dapat dilihat dengan pergerakan dolar Aussie yang melonjak menuju ke paras ketinggian terbaru lebih 2 tahun yang dicapainya pada Rabu. Sementara dolar kiwi pula meningkat 0.2% pada 0.70400 berbanding USD.

Ini mungkin didorong oleh harapan pasaran bahawa vaksin Pfizer-BioNTech akan diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (FDA) pada hari ini.

Sementara itu, matawang euro didagangkan stabil dengan pergerakan yang agak terbatas, mencerminkan kewaspadaan pelabur menjelang keputusan mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) pada malam ini.

Matawang pound pula terus memanjangkan penyusutan disebabkan kekecewaan pelabur yang mengharapkan perbincangan Perdana Menteri UK, Boris Johnson dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen akan menemui kesepakatan.

Kedua-dua pemimpin itu bersetuju untuk menetapkan tarikh akhir perbincangan sehingga hari Ahad.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat