Kalau USD Sambung Naik Lagi, Habislah!

2,369

US dolar kekal didagangkan stabil pada paras tertinggi 10 bulan pada sesi Eropah walaupun kenaikan yang dicatatkan sudah terhenti.

Hasil bon AS 10 tahun mungkin turun sedikit hari ini tetapi masih dilihat berlegar pada paras terkukuh 16 tahun pada paras 4.50%.

Mata wang gergasi itu kini menantikan pemangkin tambahan untuk memacu pergerakan seterusnya, di mana data pesanan barangan tahan lama Amerika Syarikat akan diterbitkan pada sesi New York.

Terdahulu, US dolar telah disokong oleh kenyataan pembuat dasar Federal Reserve (Fed) Neel Kashkari yang mengatakan kadar faedah mungkin perlu bergerak lebih tinggi untuk menurunkan inflasi.

Pandangan hawkish itu ternyata membuatkan pelabur bimbang kerana ia hadir daripada Kashkari yang memang dikenali sebagai dovish.

Beralih ke pergerakan mata wang utama lain, dolar Aussie gagal memanfaatkan data inflasi yang menunjukkan peningkatan pada bulan Ogos, dengan susut ke paras terendah 10 bulan berbanding US dolar.

Pasaran tampaknya tidak mengubah pandangan bahawa bank pusat Australia (RBA) akan mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah walaupun susulan data tersebut.

Sementara itu, mata wang euro dan pound kekal berlegar pada paras terlemah enam bulan berbanding dolar greenback di tengah-tengah pendirian dovish bank pusat Eropah (ECB) dan England (BOE).

Di Jepun, mata wang yen kekal didagangkan di bawah tekanan pada paras terendah 11 bulan berbanding US dolar dengan harga berlegar pada sekitar paras 149.00.

Swiss franc pula menyentuh paras terlemah terbaru enam bulan berbanding greenback, masih ditekan oleh keputusan bank pusat Switzerland (SNB) minggu lalu yang mengekalkan kadar faedah tidak berubah.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat