Kali Ini Giliran Perak!

606

Harga perak melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh masa lima bulan hari ini susulan berlakunya pembelian komoditi itu secara besar-besaran oleh golongan pelabur runcit yang cuba meniru langkah yang dibuat terhadap saham Gamestop sebelum ini.

Harga perak melonjak sebanyak 7% kepada AS$28.99 seauns, nilai tertinggi yang dicatatkan sejak pertengahan Ogos tahun lalu.

Selain itu, harga perak melonjak sebanyak 15% sejak sesi dagangan ditutup pada Rabu lalu, ketika mesej-mesej yang ditularkan di beberapa forum seperti Reddit menggalakkan para penggunanya untuk membeli komoditi berkenaan.

Situasi itu menyebabkan saham di sebilangan kecil syarikat perlombongan Australia seperti Argent Minerals, Boab Metals dan Investigator Resources menokok melebihi 15%.

Laman web yang menjual duit syiling juga melaporkan telah berlakunya permintaan yang tidak pernah terjadi sebelum ini.

Beberapa pengguna di forum Reddit, Wallstreetbeats berpendapat perak adalah pasaran yang paling banyak dimanipulasi dan lonjakan dalam harga perak akan menjejaskan pelabur besar Wall Street.

Peningkatan saham Gamestop baru-baru ini, yang juga didorong oleh pelabur runcit, dilihat sebagai satu ‘pemberontakan’ terhadap pelabur institusi besar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat