India memanggil duta besar Kanada hari ini dan mendedahkan bahawa komen yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Justin Trudeau mengenai tunjuk perasaan oleh petani di Delhi adalah campur tangan dalam urusan domestiknya dan akan merugikan hubungan dua hala dengan serius.
Sebelum ini, Trudeau menyatakan keprihatinnya terhadap petani negara berkenaan, yang kebanyakannya berasal dari negara Punjab yang dikuasai Sikh, berkemah di pinggir Delhi dalam demonstrasi menentang pembaharuan ladang.
Sehubungan dengan itu, kementerian luar India mengatakan bahawa komen mengenai isu-isu yang berkaitan dengan petani India merupakan campur tangan yang tidak dapat diterima dalam urusan dalaman mereka.
Sementara itu, hubungan antara kedua-dua buah negara didakwa berhadapan dengan krisis lebih-lebih lagi dalam beberapa tahun terakhir, telah muncul kebimbangan di India melibatkan beberapa pemimpin Sikh di Kanada mempunyai hubungan dengan kumpulan pemisah yang memusuhi India.
Hal ini demikian kerana Kanada adalah rumah bagi komuniti Sikh yang berpengaruh dan pemimpin India menyatakan bahawa terdapat beberapa kelompok di sana yang berpendapat bahawa negara Sikh yang bebas dikenali sebagai Khalistan, diketepikan dari India.
Menurut kementerian luar negeri India, komen yang dikemukakan oleh Trudeau dan pemimpin lain telah memberi suntikan semangat kepada kumpulan radikal dan mereka telah merisikokan staf diplomatik negara itu yang berpusat di Kanada.
Walau bagaimanapun, kedutaan Kanada bertindak mendiamkan diri dan tidak mengemukakan sebarang komen.
Di samping itu, kerajaan India telah mengadakan perbincangan dengan para petani untuk mengakhiri krisis dan meyakinkan mereka bahawa pembaharuan ladang adalah untuk kepentingan mereka dalam jangka panjang.