Kanger Cadang Beli 51% Saham Sung Master

364

Kanger International Bhd merancang untuk membeli 51% kepentingan atau 1.02 juta saham Sung Master Holdings Sdn Bhd bernilai RM94.79 juta.

Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Kanger berkata, syarikat itu turut mencadangkan langganan saham baharu sebanyak 769.51 juta, mewakili 30% daripada jumlah saham yang diterbitkan pada harga langganan 6 sen oleh pengarah eksekutifnya, Kuah Choon Ching.

Ujar makluman terbabit, Sung Master adalah syarikat yang terbabit dalam penjualan dan dagangan bahan binaan seperti lantai kayu, jubin, simen pukal, konkrit dan barangan kebersihan yang sama dengan aktiviti perniagaan semasa Kanger iaitu penghasilan serta dagangan bahan binaan.

“Berikutan perniagaan yang sama bagi Kanger dan Sung Master, cadangan penjualan itu akan membawa kepada pengembangan aktiviti perniagaan sedia ada iaitu perniagaan pembuatan serta dagangan dan memperluaskan penawaran produk yang dijangka meningkatkan perolehan dan pendapatan Kanger pada masa hadapan,” kata makluman itu seperti dilaporkan oleh Bernama.

Tambah makluman berkenaan, langganan terbabit merupakan kaedah paling ideal untuk mengumpulkan dana serta merta bagi memenuhi sebahagian daripada pertimbangan belian bagi cadangan pengambilalihan itu.

“Itu juga merupakan kaedah paling efisien untuk mengumpulkan dana kerana membolehkan syarikat tersebut untuk mendapatkan dana dengan kos dan perbelanjaan lebih renda berbanding pilihan pembiayaan lain seperti pinjaman bank yang akan meningkatkan obligasi hutang dan kos faedah kepada syarikat,” jelasnya.

Selain itu, makluman berkenaan menyatakan ini akan membolehkan syarikat terbabit untuk melindungi aliran tunai sedia ada untuk tujuan operasinya dan peluang pelaburan perniagaan pada masa hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat