Kantoi! Bank Terbesar Singapura Pegang $650 Juta Dalam Kripto Ini!

2,362

“Bukan biasa-biasa weh, banyak juga jumlah ETH yang dipegang oleh DBS Bank.”

Nansen, firma analisis blockchain mendedahkan bank terbesar di Singapura DBS memegang lebih 170,000 Ethereum (ETH) bernilai $650 juta dalam wallet mata wang kriptonya yang kini dianggarkan menjana keuntungan $200 juta.

Namun, jurucakap DBS Bank bukan sahaja menafikan kenyataan tersebut malah enggan mengulas lebih lanjut setelah ditanya sama ada pertukaran digital mahupun penyelesaian jagaan DBS memiliki atau memegang kunci peribadi wallet itu atau tidak.

Susulan DBS Bank tidak memberi sebarang pengesahan, seorang ahli komuniti berspekulasi ETH yang dipegang wallet tersebut boleh menjadi aset digital yang dipegang bagi pihak pelabur dan bukanlah aset bank.

Memang tidak dinafikan Nansen tidak mendedahkan bagaimana mereka mendapat maklumat tersebut, tetapi penganalisis Nansen Edward Wilson berkata ia adalah daripada sumber boleh dipercayai dan DBS memiliki kunci persendirian wallet itu.

Semua aset digital disimpan di DBS Bank telah diiktiraf secara global bagi perkhidmatan penjagaannya, ulas DBS Bank sambil menambah sesungguhnya mereka turut akan menyokong kripto utama termasuk Bitcoin (BTC), Bitcoin Cash (BCH), Ethereum Classic ETF dan ETH.

Sejak penubuhannya, bahagian kripto DBS Bank telah mencapai kejayaan besar di mana ia melihat pertumbuhan empat kali ganda dalam pembelian BTC di bursa digital bank pada 2022 dan jumlah dagangannya juga naik lebih dua kali ganda pada Jun 2022.

Suka dimaklumkan pula volum dagangan BTC DBS Bank pada tahun 2023 telah meningkat sebanyak 80% kemudian melancarkan tool transaksi yuan digital dan menjalankan transaksi pertamanya untuk pelanggan korporat pada Julai 2023.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat