Kapal Kargo Terkandas Di Terusan Suez, Adakah Peristiwa Akan Berulang?

270

Sebuah kapal kargo yang membawa bijirin Ukraine ke China dilaporkan telah terkandas di Terusan Suez.

Firma perkhidmatan terusan Leth berkata MV Glory terkandas berhampiran bandar Qantara, di wilayah Terusan Suez, Ismailia.

Kapal itu merupakan kapal pengangkut pukal berbendera Kepulauan Marshall dilaporkan membawa lebih 65,000 tan jagung dari Ukraine menuju ke China.

Namun, setelah beberapa jam usaha mengapungkan kapal itu dilakukan, pihak berkuasa Terusan Suez mengatakan kapal tersebut berjaya diapungkan dan trafik kembali pulih.

Berita ini ternyata membawa kelegaan buat ramai pihak, apatah lagi ia mengingatkan kembali kepada insiden kapal Ever Given yang pada Mac 2021 telah tersangkut sehingga menjejaskan laluan perdagangan tersibuk dunia itu.

Pihak berkuasa mengambil masa selama 6 hari untuk mengapungkan semula kapal itu yang telah menyebabkan ratusan kapal tersekat dan menjejaskan $9 bilion perdagangan global setiap hari.

Terusan Suez ialah salah satu laluan air yang paling penting di dunia dengan 120 batu menempatkan 30% trafik kontena perkapalan global dan 12% daripada semua perdagangan global bernilai kira-kira $1 trilion setiap tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat