Kapal Perang Rusia Ditembak Ukraine!

1,197

Sebuah kapal perang Rusia di Laut Hitam mengalami kerosakan teruk dan seluruh anak kapalnya telah dipindahkan, menurut agensi berita Rusia pada Khamis.

Memetik kenyataan Kementerian Pertahanan Rusia, dilaporkan bahawa kebakaran di atas kapal penjelajah peluru berpandu Mosvka menyebabkan letupan sehingga mengalami kerosakan teruk.

Pegawai Rusia tidak memberikan butiran lanjut mengenai punca kebakaran, tetapi gabenor Odessa di wilayah sekitar pelabuhan Laut Hitam, Maksym Marchenko mengesahkan bahawa Mosvka telah ditembak oleh dua peluru berpandu anti-kapal Neptune buatan Ukraine.

Sementara itu, penasihat Presiden Ukraine, Oleksiy Arestovych mendakwa bahawa 510 anak kapal Rusia berada di atas kapal itu ketika kejadian.

Kapal penjelajah peluru berpandu itu sebelum ini menghampiri Pulau Ular (sebuah pulau Ukraine di Laut Hitam) pada permulaan konflik, tetapi gagal  kerana dihalau oleh pengawal sempadan di pulau itu.

Berbeza dengan kapal logistik Rusia Orsk yang dimusnahkan oleh Ukraine bulan lalu, Moskva ialah kapal perang serangan yang direka untuk menyerang sasaran dari jauh. Moscow menggunakan kapal itu di luar pantai Syria pada 2015.

Dalam pada itu secara berasingan, Amerika Syarikat memberitahu pada hari Rabu bahawa ia akan menghantar peralatan ketenteraan tambahan bernilai $800 juta ke Ukraine, termasuk meriam dan helikopter.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat