Kaplan Dedahkan Prospek Jangkaan Kadar Faedah!

303

Dalam temubual dengan CNBC, Presiden Rizab Persekutuan Dallas, Robert Kaplan menyatakan pandangan beliau bahawa beliau cenderung kepada kemungkinan kenaikan kadar faedah sebelum akhir tahun 2022.

Beliau juga tidak melihat bahawa inflasi akan menjadi masalah atau hambatan dalam waktu terdekat. Malah berkemungkinan ekonomi sudah cukup maju untuk membenarkan the Fed menaikkan kadar faedah.

Berdasarkan jangkaan yang dikeluarkan oleh The Fed bagi setiap suku. Hanya 3 pegawai FOMC sahaja dari 18 anggota yang bersetuju dan memiliki pandangan senada dengan Kaplan. Ahli yang lain malah berpandangan bahawa kenaikan faedah berkemungkinan akan ditingkatkan pada tahun 2023.

Walaupun the Fed tidak mengumumkan pandangan ahli-ahli mereka namun Kaplan ingin mengambil sikap berbeza dengan berkongsikan ramalan tersendiri mengenai keadaan ekonomi dan lintasan kadar faedah.

Disisi lain, Kaplan menjangkakan pertumbuhan GDP kasar adalah sebanyak 6.5% pada tahun 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat