Kaunter Ini Mungkin Jadi Tumpuan Utama Pelabur

273

Bursa Malaysia dibuka tinggi pada sesi dagangan hari ini selaras dengan peningkatan prestasi semalaman Wall Street yang lebih baik.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ‘meroket’ 4.21 mata kepada 1,520.73 daripada 1,526.52 semasa ditutup pada Rabu.

Lapor Bernama, indeks diniagakan 2.48 mata lebih tinggi pada 1,519.0.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 233 berbanding 111, manakala 236 kaunter tidak berubah. 1,664 tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 293.24 juta unit bernilai RM118.68 juta.

Menerusi Malacca Securities, peningkatan kes harian Covid-19 yang dicatatkan bakal mendorong pelabur untuk lebih terarah kepada sektor penjagaan kesihatan.

Para pelabur juga mungkin akan menantikan data kadar inflasi Malaysia yang bakal diterbitkan pada esok.

“Di pasaran tempatan, stok tekologi mempamerkan prestasi cemerlang Nasdaq pada semalam menjelang musim pelaporan di AS,” tambahnya.

Di samping itu, pelabur juga bakal menumpukan kepada saham dalam sektor penjagaan kesihatan menjelang musim pelaporan mengenai jangkaan keputusan yang kukuh dikala peningkatan kes harian Covid-19 yang mendadak.

Dalam negara, saham wajaran tinggi, IHH Healthcare naik empat sen kepada RM5.78, Hong Leong Financial meningkat 20 sen kepada RM17.78 dan TM turun tiga sen kepada RM5.99.

TNB dan MISC masing-masing menambah tiga sen kepada RM9.74 dan RM6.83, manakala Top Glove menambah dua sen kepada RM4.18.

Bagi saham aktif, Pasukhas melonjak satu sen kepada 12 sen, Dagang NeXchange naik 1.5 sen kepada 76.5 sen, manakala CWG Holdings meningkat 15.5 sen kepada 62.5 sen dan Sapura Energy naik setengah sen kepada 13 sen.

Selain itu, Borneo Oil, Kanger International dan Serba Dinamik masing-masing tidak berubah pada tiga sen, 7.5 sen dan 43 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 35.83 mata kepada 11,139.17, Indeks FBMT 100 mengukuh 34.84 mata kepada 10,841.01 dan FBM ACE naik 64.32 mata kepada 7,367.19.

Indeks FBM Emas Shariah melonjak 39.49 mata pada 12,255.44 dan FBM 70 naik 65.89 mata kepada 14,630.82.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 46.88 mata kepada 14,841.12, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.32 mata kepada 188.67 dan Indeks Perladangan menambah 10.24 mata kepada 6,183.65.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat