Kaya Sangat! Jeff Bezos, Mark Zuckerberg ‘Speechless’ Dikenakan Cukai 60%

1,412

Pemimpin syarikat teknologi gergasi dan beberapa jutawan lain nampaknya ‘redha’ menyumbang sebahagian daripada keuntungan mereka sepanjang pandemik koronavirus di bawah akta baru diperkenalkan oleh Senators Bernie Sanders (I-Vt), Ed Markey (D-Mass.), dan Kirsten Gillibrand (D-N.Y.).

Rang undang-undang yang dikenali sebagai “Make Billionaires Pay Act” menuntut pembayaran cukai satu kali sebanyak 60% daripada keuntungan yang diterima pada tempoh antara 18 Mac 2020 sehingga 1 Januari 2021.

Terlalu kaya, jadi apa salahnya menyalurkan sebahagian harta mereka kepada kebajikan dan perbelanjaan untuk kesihatan penduduk Amerika Syarikat (AS), sebagaimana objektif utama rang undang-undang tersebut.

Bermula pada 18 Mac hingga 5 Ogos, sebanyak 467 jutawan berjaya membayar cukai dengan jumlah keseluruhan mencecah $731 bilion.

Walau bagaimanapun jika rang undang-undang tersebut diluluskan, cukai akan dibayar berdasarkan jumlah keuntungan yang dikumpul sehingga hujung tahun.

Pada waktu yang sama, syarikat teknologi dan perniagaan besar lain yang menerima keuntungan tinggi sepanjang pandemik, perlu menanggung kadar cukai yang lebih tinggi.

Misalnya, lonjakan saham Walmart dan Amazon ketika pandemik kerana kebergantungan penduduk kepada servis mereka.

Berikut antara individu yang akan dikenakan cukai di bawah rang undang-undang baru antara 18 Mac hingga 5 Ogos:

⦁ CEO Amazon, Jeff Bezos – $42.8 bilion
⦁ CEO Tesla dan SpaceX, Elon Musk – $27.5 bilion
⦁ CEO Facebook, Mark Zuckerberg – $22.8 bilion
⦁ Keluarga Walton, pemilik Walmart – $12.9 bilion

Dikatakan jumlah cukai tersebut akan berubah berdasarkan perubahan pendapatan mereka, kesan daripada pandemik sepanjang tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat