KDNK AS Kejutkan Pelabur, USD Terus Mengamuk!

1,176

US dolar terus mengukuhkan kedudukannya sebagai raja mata wang dengan mencapai paras ketinggian baharu dua bulan selepas mendapat sokongan tambahan daripada data ekonomi Amerika Syarikat.

Bacaan kedua keluaran dalam negara kasar (KDNK) AS tanpa dijangka menunjukkan pengembangan sebanyak 1.3% pada suku pertama, iaitu sedikit lebih tinggi daripada yang direkodkan dalam bacaan pertama 1.1%.

Hal ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa pertumbuhan AS pada suku pertama tahun ini lebih berdaya tahan daripada yang dijangkakan.

Ekoran itu, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback melonjak lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama pada 104.20.

Selain itu, data tuntutan pengangguran AS juga memberi sokongan buat US dolar dengan mencatat bacaan lebih baik daripada jangkaan pada minggu lalu.

Dalam pada itu, ketidaktentuan dalam perbincangan siling hutang AS terus mempengaruhi pasaran yang memberi dukungan kepada safe-haven greenback untuk mengukuh.

Pelabur kini memberi tumpuan kepada terbitan data perbelanjaan peribadi pengguna AS (PCE), ukuran inflasi yang menjadi pilihan Federal Reserve (Fed) untuk penetapan kadar faedah.

Sementara itu, euro terus ditekan jatuh ke bawah susulan pengukuhan US dolar, menyaksikannya didagangkan suram pada paras terendah dua bulan pada sesi Asia.

Pound turut kecundang lebih jauh yang mendorongnya ke paras terlemah tujuh minggu berbanding greenback.

Di samping itu, dolar Aussie dan kiwi terus didagangkan melemah pada paras terendah enam bulan berbanding US dolar yang lebih kuat.

Turut tergelincir lebih rendah adalah mata wang yen yang merosot ke paras paling lemah enam bulan, manakala dolar Kanada pula di tahap terendah empat minggu berbanding greenback.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat