Ke Mana Arah Jangkaan Pergerakan GBP/USD?

553

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD kembali pamerkan peningkatan semula semalam didorong oleh penyusutan US dolar selepas ucapan bernada dovish oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell.

Walaupun kadar inflasi meningkat tinggi, namun Powell melihat keutamaan terhadap sektor pekerjaan yang masih tidak stabil dan memberi petunjuk bahawa bank pusat akan terus mengekalkan dasar yang longgar dalam usaha menyokong pemulihaan ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Harga pada carta GBP/USD telah berjaya meningkat dari paras 1.38000 didorong oleh US dolar yang lemah sementara Pound Sterling masih lagi dilihat berisiko.

Namun, tempoh pembukaan semula ekonomi UK yang semakin hampir dilihat memberi sedikit sokongan terhadap Pound.

Kenaikan harga pada sesi New York semalam walau bagaimanapun gagal mencapai paras rintangan 1.39000 pada zon SBR (support become resistance) sebelum susut semula ke paras 1.38300 bersambung pada dagangan sesi Asia pagi Khamis.

Jika US dolar lebih bergerak lemah berbanding Pound, harga berkemungkinan akan meningkat menguji zon 1.39000 semula selepas beberapa minggu harga gagal tembusi zon tersebut.

Kenaikan lebih tinggi dilihat akan menuju ke zon tumpuan seterusnya pada paras 1.40000.

Sebaliknya jika harga jatuh lebih rendah di bawah paras sokongan 1.38000, penurunan harga dilihat akan menuju ke paras sekitar 1.37400 untuk menguji paras sokongan beberapa minggu sebelum ini.

Seterusnya, zon support tumpuan 1.37000 akan dituju untuk penurunan yang masih diteruskan harga.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat