Ke Mana Arah Tuju Matawang Utama Dalam Sesi Eropah?

422

Sentimen positif pasaran terus menyokong dagangan matawang utama sehingga ke sesi Eropah dengan US dolar jatuh ke paras terendah tiga minggu dan matawang pound mengukuh di paras ketinggian hampir tiga tahun.

Peningkatan hasil perbendaharaan AS 10 tahun telah mendorong matawang safe-haven yen lebih rendah berbanding kebanyakan matawang utama, termasuk dolar greenback.

Bagaimanapun, kenaikan hasil bon gagal merangsang US dolar untuk meningkat sama, sebaliknya, matawang itu jatuh lebih rendah berbanding pesaing utamanya.

Optimisme terhadap pemulihan global terus meningkat, ketika perhatian kembali disasarkan kepada pelan rangsangan coronavirus $1.9 trilion. Presiden AS, Joe Biden bersedia untuk meneruskan rancangannya selepas perbicaraan pendakwaan Donald Trump berakhir.

Donald Trump telah dibebaskan oleh Senat dalam perbicaraan pendakwaan keduanya yang didakwa bertanggungjawab dalam serangan 6 Januari di Capitol AS.

Matawang komoditi mengekalkan momentum pengukuhan dengan dagangan dolar kiwi naik ke paras ketinggian lima minggu, sementara dolar Aussie menguat di tahap tertinggi hampir satu bulan.

Sementara itu, matawang pound terus mengukuh, didukung oleh kempen vaksinasi yang berjalan dengan pantas. UK juga melaporkan kes jangkitan Covid-19 terendah sejak Oktober, menunjukkan langkah sekatan yang dilaksanakan berhasil membendung penularan.

Selain itu, euro meningkat tinggi ketika tumpuan pasaran beralih kepada penerbitan data anggaran awal pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) zon Eropah untuk suku terakhir 2020 pada petang ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat