Ke Mana Arah Tuju Matawang Utama Pada Sesi Eropah?

759

Sentimen berhati-hati terus menguasai pasaran ketika sesi Eropah, memperlihatkan dagangan US dolar kekal didagangkan menguat berbanding kebanyakan matawang utama menjelang penerbitan data inflasi AS malam ini.

Ketika penulisan, indeks dolar diniagakan di sekitar harga 93.14 berbanding pesaing utamanya.

Dolar greenback telah meraih keuntungan besar dari data pekerjaan AS yang sangat memberangsangkan minggu lalu, telah meletakkan dagangan euro di ambang paras terendah tahun ini.

Sementara itu, kenaikan hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang lebih tinggi juga mengheret matawang yen Jepun untuk turun ke paras terendah lima minggu berbanding US dolar.

Di samping itu, pasaran sesi Eropah turut menyaksikan Senat AS telah meluluskan kerangka belanjawan bernilai $3.5 trilion yang dicadangkan oleh Presiden Joe Biden. Namun, pasaran tidak member reaksi ketara susulan laporan tersebut.

Tumpuan utama kini diberikan kepada pengeluaran data inflasi AS yang dijangka akan menunjukkan penurunan berbanding bacaan sebelumnya, menandakan kenaikan inflasi telah mula mereda.

Selain itu, pasaran juga akan menyaksikan ucapan pembuat dasar Federal Reserve (Fed)Raphael Bostic dan Esther George bagi mendapatkan petunjuk lanjut mengenai penetapan dasar monetari bank pusat akan datang.

Dalam pada itu, matawang pound susut ke tahap terendah dua minggu berbanding USD yang kuat, di tengah kebimbangan mengenai isu Brexit, di mana kerajaan UK mungkin akan memperluaskan kuasa daruratnya untuk trak yang menuju ke Perancis dalam usaha menggunakan hak Brexit.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat