Ke Mana Hala Tuju Bitcoin? Ini Fakta Yang Perlu Diketahui Menjelang Ucapan Powell!

3,020

Sebagaimana kita sedia maklum bahawa sejak akhir-akhir ini pasaran kewangan global telah mula bertindak balas terhadap pendirian The Fed terhadap dasar monetari. Pada minggu lepas, the Fed telah memberi indikasi untuk mengambil langkah pengetatan agresif dalam perbelanjaan dan menaikan kadar faedah sebagai usaha untuk mengawal inflasi. Rentetan itu pasaran saham di seluruh dunia telah mengalami kejatuhan. Tidak ketinggalan pasaran kripto juga terkesan.

Harga Bitcoin (BTC) telah didagangkan ke paras terendah sejak September iaitu di bawah $40,000. Kejatuhan harga yang berlarutan dalam pasaran kripto telah menimbul kebimbangan sehingga mencetuskan panik dalam pasaran. Secara asasnya, pasaran kripto telah jatuh kira-kira 35% daripada paras tertinggi sepanjang masa.

Pertaruhan terhadap kenaikan kadar faedah oleh the Fed telah menyebabkan harga BTC kehilangan sokongan utama. Walaubagaimanapun, kejatuhan semalam di paras $39,650 telah memberi peluang segelintir pelabur menambahkan pegangan sehingga harga BTC didagangkan pada paras harga $41,700, meningkat 0.2% dalam tempoh 24 jam.

Ethereum pula telah berulang kali mengangkat bendera merah sejak November dan harga telah jatuh daripada $5000 kepada $3000. Buat para pelabur, paras rintangan $3,370 jadi tumpuan kemudian diikuti $3,650. Setakat ini ETH telah berjaya mengatasi paras sokongan psikologi $3,000 yang sedikit sebanyak memberi sedikit momentum.

Tumpuan pasaran kini terus tertumpu pada ucapan Jerome Powell mengenai polisi monetari. Kenaikan kadar faedah boleh mendorong para pelabur untuk memiliki kecenderungan untuk melabur dalam aktiviti ekonomi seperti membeli bon kerana lebih terjamin.

Dari sudut jangka pendek, BTC berada dalam kawasan ‘oversold’ dan sedang bermain antara $40,000 sehingga $42,000. Jika harga BTC tidak mampu bertahan pada paras $37,000 maka terdapat kebarakalian untuk ia terus jatuh menjunam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat