Ke Mana Hala Tuju USD Selepas Ucapan Powell Gagal Kejutkan Pelabur?

1,642

Dolar Amerika kekal didagangkan suram dengan menyusut lebih rendah pada permulaan sesi Asia seterusnya memberi manfaat buat kebanyakan mata wang utama lain.

Ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) gagal merangsang kenaikan US dolar selepas beliau terus mengulangi kenyataan bahawa bank pusat selesa dengan kenaikan kadar sebanyak 50 mata asas.

Beliau juga memberitahu Fed boleh mempercepatkan atau memperlahankan kadar kenaikan sejajar dengan perkembangan dalam ekonomi, selain turut menambah bahawa kekuatan asas ekonomi adalah sangat baik pada masa ini.

Selain itu, data jualan runcit Amerika Syarikat diterbitkan bercampur-campur, di mana bacaan teras menunjukkan bacaan lebih kukuh pada April manakala jualan runcit pula meleset daripada jangkaan.

Sementara itu, mata wang euro mendapat pengukuhan daripada kenyataan penggubal dasar Bank Pusat Eropah (ECB) Klaas Knot yang tidak menolak kemungkinan untuk kenaikan 50 mata asas dalam kadar faedahnya.

Knot turut memberitahu bahawa peningkatan sebanyak 25 mata asas pada bulan Julai mungkin berlaku. Susulan kenyataan tersebut, mata wang euro melonjak lebih tinggi menghampiri paras ketinggian satu minggu.

Dalam pada itu, mata wang pound terus mempertahankan keuntungan susulan penerbitan data pekerjaan UK yang jauh lebih kukuh daripada dijangkakan pada suku pertama tahun ini dengan jatuh ke paras terendah 48 tahun.

Ini sekali gus menguatkan harapan pelabur untuk Bank Pusat England (BOE) meneruskan pelaksanaan kadar faedahnya bagi mengekang inflasi yang tinggi. Sebagai makluman, data inflasi UK yang bakal diterbitkan pada sesi Eropah hari ini akan menjadi perhatian pelabur seterusnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat