Ke Mana Pergerakan Emas Menjelang Hujung Minggu?

1,148

Harga emas didagangkan stabil ketika pasaran menuju sesi dagangan hujung minggu, disokong oleh sentimen berisiko dalam pasaran yang bimbang dengan penularan Covid-19 yang semakin meningkat.

Pada sesi Asia, logam kuning itu didagangkan sedikit meningkat di sekitar harga $1,782 per auns, manakala niaga hadapan emas pula didagangkan positif pada $1,785 per auns.

Permintaan terhadap safe-haven itu meningkat ketika wabak coronavirus kembali menyerang negara-negara utama dengan varian delta yang sangat cepat merebak, sehingga menyebabkan langkah sekatan lebih ketat dilaksanakan untuk membendungnya.

Bagaimanapun, pengukuhan US dolar yang meningkat ke paras ketinggian 9 bulan berbanding matawang utama, membataskan dagangan emas untuk bergerak lebih tinggi.

Terdahulu, emas terkesan dengan minit mesyuarat FOMC yang menunjukkan kemungkinan pengurangan pembelian bon akan dilakukan pada tahun ini selepas sebahagian besar pembuat dasar Federal Reserve (Fed) bersetuju untuk melaksanakannya.

Dalam pada itu, data tuntutan pengangguran AS yang positif juga mempengaruhi dagangan emas selepas ia memaparkan penurunan ke paras terendah sejak Mac 2020, pada minggu lalu.

Tumpuan pasaran kini tertumpu pada ucapan Pengerusi Fed, Jerome Powell yang akan berucap di acara tahunan simposium Jackson Hole di Wyoming yang dijadualkan berlangsung pada 26-28 Ogos.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat