Ke Tepi Bernard Arnault! Elon Musk Jadi Manusia Terkaya Semula!

389

Elon Musk kembali merampas semula kedudukannya sebagai orang terkaya di dunia.

Menurut laporan Bloomberg Billionaires, pengasas Tesla itu mendahului dengan nilai bersihnya kira-kira $192 bilion, berbanding $187 yang dimiliki ketua pegawai eksekutif (CEO) LVMH, Bernard Arnault.

Ini berlaku selepas kekayaan Arnault merosot berikutan kejatuhan yang berterusan dalam saham LVMH.

Terdahulu (23 Mei), CEO barangan jenama mewah itu kehilangan kekayaannya sebanyak $11.2 bilion dalam satu hari sahaja selepas harga sahamnya menjunam.

Ia disebabkan oleh keyakinan terhadap sektor itu mula pudar ekoran pertumbuhan global yang semakin perlahan, terutamanya dalam pasaran kritikal di China.

Sementara itu, Elon Musk pula meraih lebih daripada $55.3 bilion yang sebahagian besarnya disumbang oleh Tesla.

Arnault sebelum ini mengatasi Musk pada bulan Disember apabila kekayaannya meningkat disebabkan oleh ledakan dalam jualan barangan mewah yang membantu lonjakan harga sahamnya.

LVMH merupakan syarikat induk kepada lebih 70 jenama mewah seperti Louis Vuitton, Christian Dior, Givenchy, Tiffany’s, Marc Jacobs, Sephora, Fenty Beauty dan banyak lagi.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat