Ke Tepi Semua! Raja Mata wang USD Sudah Bangkit

233

US dolar kembali mendapat sokongan untuk didagangkan lebih kukuh selepas data ekonomi terbaharu dari China yang menunjukkan kemerosotan telah mengembalikan semula kebimbangan pasaran terhadap kemelesetan.

Bacaan data pengeluaran industri, jualan runcit dan pelaburan aset tetap kesemuanya mencatatkan bacaan lebih lemah daripada jangkaan berikutan sekatan Covid-19 yang bersilih ganti dilaksanakan.

Hal ini telah mendorong mata wang sensitif risiko, termasuk dolar Aussie dan New Zealand untuk merosot rendah pada dagangan awal minggu.

Buat dagangan dolar Aussie, tumpuan pelabur akan difokuskan kepada terbitan laporan minit mesyuarat bank pusat Australia (RBA) pada sesi Asia.

Turut menambah risiko dalam pasaran adalah tindak balas China yang mengumumkan lebih banyak latihan ketenteraan diadakan sekitar Taiwan ekoran lawatan terbaru pembuat dasar Amerika Syarikat ke pulau itu.

US dolar yang juga dianggap sebagai safe-haven telah mendapat sokongan dengan meningkat lebih tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama di mana indeks dolar mengukuh pada 106.60.

Sementara itu, mata wang Eropah turut terkesan dengan kebangkitan US dolar, melihatkan euro diniagakan sekitar paras terendah satu bulan.

Mata wang pound juga diperdagangkan lemah menjelang pengeluaran data pekerjaan UK pada sesi Eropah nanti.

Walau bagaimanapun, pelabur tetap berhati-hati memandangkan keluaran laporan minit mesyuarat FOMC akan menghiasi pasaran pada minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat