Kebakaran Pelantar Minyak Mexico Antara Punca Harga Naik Tinggi

390

Komoditi hitam didagangkan stabil pada sesi dagangan Rabu selepas laporan industri menunjukkan pengurangan dalam bekalan minyak mentah dan bahan bakar AS, menambah faktor positif untuk pasaran yang masih bergelut dengan kebangkitan coronavirus.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan pada $70 setong, sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pada $67.17 setong.

Kedua-dua penanda aras telah meningkat sekitar 8% dalam tempoh dua hari sebelumnya, menghapus sebahagian besar kerugian dari kemerosotan yang dicatatkan pada minggu lalu.

Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan penurunan sebanyak 1.6 juta tong dalam bekalan minyak mentah pada minggu lepas, manakala stok petrol juga menurun sekitar 985,000 tong.

Selain itu, harga turut meningkat susulan kekangan penawaran daripada Mexico yang mengalami gangguan pengeluaran yang besar akibat kebakaran di pelantar minyak di selatan teluk Mexico.

Kebakaran berlaku ketika kru sedang melakukan penyelenggaraan di platform, menyebabkan lima pekerja terbunuh dan enam cedera. Sekitar satu perempat pengeluaran minyak Mexico terjejas akibat kebakaran tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat