‘Kebangkitan Semula’ Aladdin Group Sebagai Syarikat Teknologi

570

Bekas platform e-dagang Aladdin Group secara rasmi mengumumkan penjenamaan semula hari ini menjadi sebuah syarikat teknologi setelah hampir setahun beroperasi dan penstrukturan semula.

Kumpulan itu, yang memfokuskan kepada sektor halal dan segmen mesra Muslim, kini mengambil pendekatan memanfaatkan bakat Malaysia dan kerjasama dengan rakan strategik di China yang pakar dalam kecerdasan buatan, e-dagang, dan perdagangan sosial.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Eizaz Azhar mengatakan bahawa trend teknologi utama di China adalah titik tolak syarikat berkenaan untuk menjenamakan semula diri mereka.

Selain itu, pelancaran utama mereka akan berlangsung pada suku keempat tahun ini, dengan rakan strategik di 9 buah negara yang berbeza. Sehubungan dengan itu, syarikat berkenaan berharap agar dapat memberikan perubahan yang besar untuk perdagangan serantau dan perniagaan halal.

Tambahan daripada itu, mereka merancang untuk membangun rantaian bekalan ke lebih dari 40 negara dan memenuhi segmen pengguna Muslim sekitar 1.45 juta, dengan fokus utama pada infrastruktur digital dari perniagaan ke perniagaan, perniagaan ke pengguna, dan dalam talian ke luar talian untuk perusahaan kecil dan sederhana Malaysia bagi mengakses pasaran baru dengan mudah.

Sebelum penstrukturan semula pada 2019, pencapaian terbesar Aladdin Group adalah perkongsian global dengan kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris Manchester United pada Mac 2017, dan mengumpulkan pembiayaan hampir RM390 juta pada bulan Mac 2018.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat