Kebangkitan Semula Kes Covid Menghantui Eropah!

444

Beberapa negara di Eropah menyatakan kebimbangan terhadap kes Covid-19 yang kembali mencatatkan peningkatan, sehingga ada yang terpaksa memperkenalkan langkah sekatan baru.

Separuh dari 20 wilayah di Itali, yang merangkumi kota-kota Rome, Milan dan Venice akan memasuki sekatan baru coronavirus mulai 15 Mac sehingga 6 April.

Selain itu, kerajaan Itali juga meletakkan seluruh negara di bawah zon merah pada hujung minggu (Easter Day) dan akan dikenakan lockdown dari 3 hingga 5 April.

Perdana Menteri Itali, Mario Draghi memberitahu bahawa sekatan lebih ketat sangat diperlukan bagi mengelakkan daripada situasi bertambah buruk, tetapi langkah-langkah ini akan disertai dengan sokongan kerajaan untuk membantu rakyat dan perniagaan yang terjejas.

Sementara itu, Perdana Menteri Perancis, Jean Castex telah menyuarakan kebimbangan mengenai keadaan di ibu kota Paris, di mana 95% katil di unit rawatan intensif telah dipenuhi dengan pesakit Covid-19. Susulan itu, kerajaan sedia untuk mengenakan sekatan lebih lanjut jika perlu.

Eropah kini bukan sahaja berdepan dengan kebangkitan semula kes Covid-19, tetapi juga perlambatan dalam langkah vaksinasi.

Apa yang lebih membimbangkan lagi sekarang ini adalah penggunaan vaksin AstraZeneca trepaksa digantung oleh kebanyakan negara di Eropah disebabkan kebimbangan mengenai pembekuan darah terhadap penerima vaksin.

Bagaimanapun, menurut kenyataan terbaru dari firma farmaseutikal AstraZeneca, tidak ada bukti yang menyatakan vaksinnya mempunyai kaitan dengan kes yang dialami penerima.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat