Program Vaksinasi Boleh Jadi Lambat Sebab Isu Ini!

396

Negara-negara di Asia dan Eropah nampaknya berdepan cabaran sukar dalam memenuhi komitmen untuk menvaksinasi penduduknya selepas terdapat isu yang timbul dari vaksin AstraZeneca.

Terbaru, Thailand terpaksa menangguhkan pemberian suntikan vaksin Covid-19 AstraZeneca susulan kebimbangan mengenai pembekuan darah yang dialami oleh penerima vaksin berkenaan.

Langkah ini menyusuli tindakan pihak berkuasa Denmark yang menggantung sementara penggunaan vaksin tersebut selepas terdapat beberap pesakit yang mengalami masalah darah beku selepas menerima suntikan.

Malah, sebelum itu juga Austria mengambil langkah yang sama, di mana seorang jururawat dilaporkan meninggal dunia akibat masalah pembekuan darah yang teruk selepas beberapa hari menerima suntikan.

Walau bagaimanapun, menurut Lembaga Kesihatan Denmark dalam satu kenyataan, masih belum ditentukan bahawa kes pembekuan darah tersebut ada kaitannya dengan vaksin berkenaan.

Sementara itu, negara-negara lain, termasuk Perancis, mengatakan bahawa mereka akan terus menggunakan vaksin tersebut dengan alasan keputusan pengawal selia ubat Kesatuan Eropah (EU) bahawa ia masih selamat digunakan.

Sepanyol juga mendakwa bahawa setakat ini, tidak ada hubungan yang dapat dikaitkan antara vaksin dan kes pembekuan darah.

Pada hari Rabu, Agensi Ubat Eropah (EMA) mengatakan siasatan awal menunjukkan bahawa vaksin Astrazeneca yang digunakan di Austria kemungkinan tidak bersalah atas kematian jururawat itu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat