Kebanyakan Matawang Dicatat Hambar Dalam Sesi Asia

34

Yen didagang stabil pada awal sesi Asia sementara menanti ucapan dari Gabenor Bank of Japan, Haruhiko Kuroda yang selanjutnya untuk gambaran yang jelas mengenai ekonomi Jepun.

USD/JPY stabil 104.16, manakala AUD/USD merosot sebanyak 0.17%. Dalam masa yang sama, GBP/USD menurun 0.21% kepada 1.2162.

USD/JPY, 30 minit
USD/JPY, 30 minit
AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit
GBP/USD, 30 minit
GBP/USD, 30 minit

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai pada 98.08.

Minggu ini, pasaran matawang akan menyaksikan sidang akhbar dari Bank Pusat Eropah pada Khamis dengan spekulasi mengenai program rangsangan tambahan. Juga dalam minggu ini, China akan mengeluarkan data KDNK yang bakal dikeluarkan pada Rabu.

Minggu lalu menyaksikan pengukuhan US Dollar berikutan data jualan runcit AS dan harga pengeluar yang mengukuh. Pasaran juga semakin yakin untuk menyaksikan peningkatan kadar sebelum penghujung tahun ini.

Kenyataan ini diktakan mengukuh selepas beberapa orang ahli Fed menyokong kepada kenaikan “dalam jangka masa terdekat”.

 

#25 Buah Negara Yang Mengenakan Cukai Tertinggi Di Dunia 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat