Kebanyakan Matawang Utama Parah Dibenam USD!

723

US dolar diperdagangkan lebih tinggi pada pembukaan awal minggu, dengan melanjutkan keuntungan yang diraih ketika penutupan dagangan akhir minggu lalu.

Keyakinan pengguna yang lebih kuat daripada jangkaan juga membantu meningkatkan permintaan terhadap dolar Amerika menjelang pengumuman dasar monetari Federal Reserve (Fed) pada minggu ini.

Pada sesi Asia, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama diniagakan di sekitar harga 90.57.

Pelabur masih mempertimbangkan kenyataan Fed sebelum ini yang mengatakan kenaikan inflasi hanyalah sementara, selain turut menjangkakan bank pusat mungkin akan memberi sedikit petunjuk mengenai masa untuk melaksanakan program pembelian asetnya.

Matawang euro diniagakan rendah selepas menjunam tahap terendah hampir satu bulan berbanding USD yang kembali bangkit pada sesi sebelumnya, selain masih terkesan dengan keputusan polisi Bank Pusat Eropah (ECB) baru-baru ini.

Seperti dijangkakan, ECB masih menolak untuk berbicara mengenai langkah pengurangan dalam dasar monetarinya dan mengatakan mereka akan terus menyokong ekonomi dengan program-program yang berbeza.

Sementara itu, dolar Aussie dan kiwi juga didagangkan lebih rendah susulan pengukuhan US dolar dan bacaan data pembuatan New Zealand yang mengecewakan.

Pergerakan yang terhad dalam pasaran dijangka bakal ditunjukkan kedua-dua matawang ini pada sesi Asia, memandangkan kebanyakan bank-bank di Australia dan China bercuti pada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat