Keberkesanan Vaksin Rusia Ni Boleh Percaya Ke Tidak?

652

Rusia tampil menjadi tajuk utama dalam laporan Vaksin selepas UK dan A.S mengungguli dalam isu vaksin. Rusia pada hari ini mengumumkan bahawa pihak mereka akan mengeluarkan vaksin yang memliki keberkesanan yang tinggi.

Laporan hari Selasa menyatakan bahawa para saintis telah mengesahkan bahawa vaksin Rusia Sputnik V memiliki keberkesanan hampir 92% dalam memerangi Covid-19 berdasarkan hasil ujian peringkat akhir yang diterbitkan dalam jurnal perubatan antarabangsa The Lancet.

Para pakar berpendapat bahawa hasil percubaan tahap III itu mengambarkan bahawa dunia kini memiliki sejata lain yang efektif untuk memerangi pandemik yang mematikan itu. Para pakar juga mengesahkan bahawa hasil data tersebut adalah legit.

Menurut profesor di University of Reading dan London School of Hygiene & Tropical Medicine iaitu Ian Jones dan Polly Roy bahawa hasil yang dilaporkan adalah jelas dan mengikt piawaian yang ditetapkan.

Hasil keberkesanan teresebut adalah berdasarkan data yang dikumpul dari 19,866 sukarelawan. Sejak percubaan awal dijalankan di Moscow, hanya 16 kes Covid-19 yang memiliki simptom dalam kalangan penerima vaksin dan 62 orang dalam kumpulan plasebo.

Terkini tumpuan pasaran bukan lagi terikat dengan laporan keberkesanan vaksin namun lebih tertumpu kepada isu praktikaliti seperti kos, logistik dan pengedaran vaksin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat