Kebimbangan Omicron Tambah Tekanan Terhadap Bursa Malaysia

97

Pada jam 9.27 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 3.30 mata pada 1,489.71 daripada penutupan Jumaat pada 1,502.01.

Ia dibuka rendah ekoran aktiviti pengambilan untung pada saham wajaran tinggi terpilih.

Indeks dibuka 4.44 mata pada 1,497.57.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 309 berbanding 145, manakala 265 kaunter pula tidak berubah, 1,585 tidak didagangkan dan 21 digantung.

Jumlah perolehan pada 370.41 juta unit bernilai RM229.76 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan para pelabur memberi perhatian kepada kadar inflasi Malaysia yang bakal dikeluarkan pada minggu ini.

Tambahnya lagi, para pelabur sedang berhati-hati dalam memilih sektor utiliti ekoran penyebaran varian Omicron yang terus membimbangkan.

Dalam pada itu, Wall Street jatuh pada Jumaat lalu ekoran kebimbangan terhadap peningkatan kes Omicron dan dasar monetari yang lebih hawkish pada masa hadapan telah menyebabkan beberapa penarikan semula dalam ekuiti tempatan.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) tambah 1 sen pada RM8.09 dan IHH Healthcare Bhd naik 3 sen pada RM6.57 sementara Public Bank Bhd turun 2 sen pada RM4.06, Petronas Chemicals Group Bhd (PetChem) susut 7 sen pada RM8.73 dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) jatuh 13 sen pada RM9.38.

Saham aktif memperlihatkan ATA IMS Bhd kekal pada 68 sen, Borneo Oil Bhd naik 0.5 sen pada 3 sen, Top Glove Corp Bhd tambah 13 sen pada RM2.29 dan Careplus Group Bhd capai 8 sen pada RM1.09.

Di papan indeks, indeks FBM Emas turun 23.45 mata pada 10,896.87, indeks FBMT 100 jatuh 23.01 mata pada 10,599.70 dan indeks FBM Emas Shariah kurang 13.69 mata pada 11,730.94.

FBM 70 susut 28.63 mata pada 13,971.22 dan FBM ACE hilang 20.02 mata pada 6,257.80.

Indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menyusut 0.92 mata pada 195.88, indeks Perkhidmatan Kewangan kehilangan 37.90 mata pada 15,245.18 dan indeks Perladangan menurun 46.75 mata pada 6,383.22.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat