Kebimbangan Rakyat Malaysia Untuk Barisan Kabinet Buatkan Bursa Gusar

259

Penantian pengumuman barisan jemaah menteri Kabinet Malaysia menggusarkan pelabur dan menyaksikan bursa tempatan dibuka lemah pada hujung minggu.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 2.15 mata pada 1,489.36 sebelum turun 7.53 mata pada 1,483.98 berbanding penutupan Khamis pada 1,491.51.

Di pasaran meluas, keuntungan pada 122 atasi kerugian pada 169, manakala 274 kaunter pula tidak berubah, 1,668 tidak didagangkan dan 14 digantung.

Jumlah perolehan pada 150.82 juta unit bernilai RM572.58 juta.

Ulas Rakuten Trade Sdn Bhd, KLCI diramal berdagang dalam julat 1,485-1,500 pada hari ini sementara pengimport tempatan dijangka menggunakan kelebihan pengukuhan ringgit berbanding dolar pada syarikat pengguna dan industri.

Nota RHB Research pula menyatakan situasi pasca politik tempatan mengeruhkan sentimen tatkala pelabur menantikan pembentukan Kabinet baru dan penjadualan semula Bajet 2023.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank turun 2 sen pada RM8.60, Public Bank Bhd kurang 6 sen pada RM4.41, Petronas Chemicals Group Bhd jatuh 5 sen pada RM8.62, CIMB Group Holdings Bhd susut 12 sen pada RM5.63 dan Tenaga Nasional Bhd hilang 13 sen pada RM9.37.

Saham aktif memperlihatkan Advance Synergy Bhd, UEM Sunrise Bhd dan Infomina Bhd naik 1 sen pada 18.5 sen, 29 sen dan 84 sen sementara Progressive Impact Corp Bhd kekal pada 20.5 sen dan Velesto Energy Bhd mendatar pada 15 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas turun 43.46 mata pada 10,651.01, indeks FBMT 100 jatuh 45.34 mata pada 10,359.9, indeks FBM Emas Shariah susut 28.49 mata pada 10,874.77, FBM 70 kurang 28.28 mata pada 13,024.99 dan FBM ACE hilang 19.22 mata pada 5,271.75.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan susut 103.8 mata pada 16,463.06, indeks Produk serta Perkhidmatan turun 0.36 mata pada 182.88, indeks Tenaga hilang 0.25 mata pada 785.06 sementara indeks Perladangan naik 21.36 mata pada 6,842.65.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat