Kebimbangan Terhadap Reformasi Percukaian, U.S Dolar Menyusut

61

Matawang U.S dolar menyusut dalam sesi dagangan Asia pada hari Jumaat berikutan isu potongan cukai korporat dibawah pelan reformasi cukai yang dijangka akan ditangguhkan.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain menyusut 0.03% setakat jam 9.45 pagi kepada 94.39. Matawang tersebut jatuh 0.6% sepanjang minggu ini.

Laporan Washington Post menunjukkan bahawa ketua Senat Republikan sedang menimbang penangguhan selama setahun implementasi pemotongan cukai korporat bagi mematuhi peraturan Senat.

“Fasa awal perbincangan di House of Representative menunjukkan banyak perbezaan pendapat dan masalah, oleh itu rang undang-undang itu mungkin akan berubah,” kata penganalisis pasaran di MUFG London, Derek Halpenny pada beberapa hari lepas.

Berdasarkan rangka pelan The House, cukai korporat akan dipotong dari 35% kepada 20%, tetapi Senat merencanakan untuk menangguhkan perlaksanaan tersebut sehingga 2019.

Kedua-dua pelan tersebut pada dasarnya mengenakan cukai sebanyak $2.6 trillion keatas keuntungan luar negara. Bagi Senat, kadar cukai yang dikenakan keatas wang tunai dan aset cair adalah sebanyak 12% dan 5% bagi aset bukan cair. Namun berdasarkan kadar cukai yang ingin dikenakan keatas The House ialah 14% dan 7% masing-masing.

Kedua-dua pelan potongan cukai tersebut akan menambahkan $1.5trillion bajet defisit keatas U.S dan hutang negara.

Menurut Imaizumi, Ketua Pengarah Matawang di Tokyo, bulan ini merupakan bulan yang bahaya bagi matawang U.S dolar.

Sebarang penangguhan atau kebarangkalian perubahan cukai akan cenderung memberi kesan kepada matawang US dolar, kata penganalisis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat