Kecewa! Ini Reaksi Pelabur Lepas Keputusan BOJ

584

Menutup tirai mesyuarat bank pusat minggu ini, Bank of Japan (BOJ) memutuskan untuk kekal dengan kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat polisi September yang berlangsung sebentar tadi.

Keputusan itu sejajar dengan jangkaan pasaran bahawa kadar faedah negatif kekal pada -0.10% dan sasaran hasil bon kerajaan Jepun 10 tahun sekitar 0%.

Bank pusat itu juga tidak membuat perubahan pada panduannya yang membolehkan hasil bon 10 tahun bergerak dalam julat +/-0.50%, serta had baharu 1.0% yang diterima pakai pada bulan Julai.

Susulan keputusan tersebut, mata wang yen memberi tindak balas awal dengan merosot ke paras harga 148.00 berbanding US dolar yang lebih kuat.

Dalam kenyataan susulannya BOJ mengatakan bahawa ekonomi Jepun berkemungkinan akan terus pulih secara sederhana dan jangkaan inflasi telah menunjukkan tanda-tanda meningkat.

Bank pusat itu juga mengekalkan pendiriannya, dengan berikrar untuk mengambil langkah pelonggaran tambahan tanpa teragak-agak.

Sungguhpun begitu, pasaran masih memberi harapan terhadap isyarat Gabenor Kazuo Ueda sebelum ini mengenai peralihan dasar.

Tumpuan pelabur kini disasarkan kepada kenyataan susulan Ueda pada petang ini mengenai keputusan yang diambil BOJ hari ini.

Dalam pada itu, data yang dikeluarkan sebelum mesyuarat itu menunjukkan inflasi teras Jepun mencecah 3.1% pada bulan Ogos, kekal di atas sasaran 2% bank pusat untuk bulan ke-17 berturut-turut.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat