Kecewa! Reaksi USD Tak Seperti Diharapkan

797

Data inflasi Amerika Syarikat mengejutkan pasaran dengan bacaan lebih tinggi daripada jangkaan pada bulan Ogos.

Indeks harga pengguna (CPI) tahunan AS melonjak kepada 3.7% pada bulan lalu daripada 3.2% yang dicatatkan pada Julai, serta turut melebihi jangkaan pasaran untuk meningkat 3.6%.

Pada asas bulanan pula, CPI meningkat sebanyak 0.6% bulan lepas yang merupakan kenaikan terbesar sejak Jun 2022 susulan lonjakan harga petrol.

Sementara inflasi teras pula meningkat 0.3% bulan ke bulan, manakala pada kadar tahunan pula ia menurun kepada 4.3% daripada 4.7% yang direkodkan pada Julai.

Walaupun CPI meningkat, namun ia tidak banyak mengubah jangkaan pasaran untuk Federal Reserve (Fed) mengekalkan kadar faedah mereka pada minggu depan.

Reaksi awal US dolar memperlihatkan raja mata wang itu melonjak seketika sebelum susut semula untuk didagangkan pada sekitar harga yang sama berbanding pesaing utamanya.

Tumpuan pelabur seterusnya akan tertumpu pada terbitan data inflasi pengeluar (PPI), tuntutan pengangguran dan jualan runcit Amerika Syarikat pada sesi New York hari ini.

Selain itu, pelabur juga akan menyaksikan keputusan dasar Bank Pusat Eropah (ECB). Pada waktu penulisan euro didagangkan mendatar pada sekitar harga 1.07300 berbanding US dolar.

Mata wang pound pula kekal berlegar pada sekitar harga yang sama setelah susut rendah pada hari Rabu susulan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) UK yang menunjukkan penguncupan lebih buruk daripada dijangkakan pada bulan Julai.

Di sisi lain, dolar Aussie melonjak tinggi sebelum data pekerjaan Australia diterbitkan, disusuli oleh mata wang komoditi lain seperti dolar Kanada dan New Zealand.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat